Penyampaian Hadiah eKelas Maxis bagi penggal 1 & 2 2018
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai yang lalu, telah dijalankan Majlis Penyampaian Hadiah eKelas bagi penggal 1 & 2 tahun 2018. Dua kumpulan pelajar dari Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah berjaya menjadi kumpulan yang terbaik bagi Tingkatan 1 dan 2 kerana telah mendapat markah tertinggi di antara pelajar yang lain. Bermula tahun ini, para pelajar eKelas dikehendaki menghantar semua tugasan yang diberikan oleh guru di dalam Portal eKelas.
Kumpulan Junior Club yang disertai oleh adik Syed Mohamad Irfan, Muhammad Syafiq, Rayan Miiguel dan Muhammad Hafizzy telah berjaya menjadi kumpulan yang terbaik untuk pelajar Tingkatan 1. Manakala kumpulan 5 Anthelantic yang dianggotai oleh adik Nur Syafiah, Noor Atiesya, Siti Alia. Nur Aqilah dan Nursyahirah pula telah berjaya menjadi kumpulan terbaik bagi pelajar Tingkatan 2. Tahniah kepada semua para pemenang dari Pusat Internet PPR Kg Muhibbah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: